Thursday 29 November 2012

Hari Krismas

HARI KRISMAS

 


Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru (New Testament), Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Sejarah awal merujuk  kepada tarikh 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Perkataan “Krismas”  dikatakan berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud “Perayaan bagi al-Masih”. Walaupun perayaan dan sambutan Krismas telah wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi ianya tidak pernah didokumentasikan dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Sambutan perayaan Krismas adalah untuk meraikan kelahirna Jesus Christ. Kelahiran Jesus Christ bermula dengan Mary, seorang gadis dara yang tinggal di Galilea, Nazaret dan bertunang dengan Joseph, seorang tukang kayu Yahudi. Tetapi sebelum mereka berkahwin seorang malaikat melawat Mary dan memberitahu beliau bahawa dia akan menghamilkan anak oleh kuasa Roh Kudus. Beliau akan mengandung dan melahirkan seorang bayi yang akan diberikan nama Jesus.
Seperti yang diberitahu oleh malaikat, Mary menjadi hamil melalui Roh Kudus sebelum mereka berkahwin. Walaupun anak tersebut bukan anak Joseph, beliau tidak menceraikan mary tetapi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mary. Seterusnya Tuhan juga mengutuskan seorang malaikat kepada Joseph dalam mimpi untuk mengesahkan cerita Mary dan meyakinkan beliau bahawa perkahwinan beliau kepada Mary adalah kehendak Tuhan. Malaikat menjelaskan bahawa kanak-kanak dalam Mary telah diilhamkan oleh Roh Kudus, bahawa namanya adalah Jesus. Apabila Joseph terjaga dari mimpinya, dia mentaati Tuhan dan mengambil Mary untuk menjadi isterinya.
Pada masa itu, Joseph diperlukan untuk pergi ke Betlehem untuk mendaftar dengan Mary. Mereka sampai di Betlehem di akhir bulan Disember dalam keadaan yang sejuk. Tetapi mereka tidak dapat mencari rumah tumpangan yang kosong dan akhirnya Mary terpaksa melahirkan Jesus di sebuah kandang. Bayi Jesus dibalut dalam kain dan diletakkan dalam palungan.
Di masa kelahiran Jesus, bintang utara berkerlipan dengan cerahnya dan sekumpulan malaikat muncul untuk menyanyikan lagu pujian kebesaran atas kekuasaan Tuhan. Dengan itu, bayi Jesus telah dilahirkan untuk menyelamatkan dunia ini daripada dosa-dosa Adam.



Suasana Perayaan Krismas
Persembahan Carolling
 
https://www.youtube.com/watch?v=cCZx5GrmJzk

No comments:

Post a Comment