Thursday 29 November 2012

Hari Wesak

HARI WESAK


Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Hari Wesak merupakan hari yang paling suci di antara semua hari suci Buddhis yang lain. Wesak memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha, hari Beliau mencapai Pencerahan Sempurna dan hari Buddha mencapai “Parinibbana”, iaitu hari Buddha mangkat. Hari peringatan Trisuci ini umumnya diraikan oleh umat Buddhis dengan penuh penghormatan. Pengikut – pengikut akan mengkhaskan hari ini untuk menjalankan aktiviti – aktiviti yang berpahala seperti menderma kepada fakir miskin, memberi persembahan
kepada Vihara, melafazkan sutta, bermeditasi, mendengar ceramah Dhamma serta mengikuti Sila.”

Hari Wesak adalah hari umat Buddhis memberi penghormatan kepada seorang putera yang telah meninggalkan kesenangan dunia ini di istana untuk membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia. Buddha atau “Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi” dilahirkan, dalam tahun 623 Sebelum Masehi (S.M.) pada hari bulan purnama Wesak. Putera muda ini diberi nama Siddhattha atau “Yang Membawa Segala Kebaikan”. Ibu – bapanya, Raja Suddhodana dan Permaisuri Mahamaya memerintah sebuah kerajaan kecil yang dipanggil Kapilavattu di utara India.

Pengikut agama Buddha boleh membawa persembahan yang ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan mempersembahkannya kepada Guru mereka yang agung. Persembahan simbolik ini mengingatkan kita bahawa seperti juga bunga yang cantik akan layu di dalam masa yang pendek dan lilin dan colok akan habis membakar dengan cepatnya, hidup kita juga menghadapi pereputan dan disintegrasi. Umat Buddhis diajar menjauhkan diri daripada membunuh sebarang makhluk hidup. Mereka digalakkan menjamu makanan vegetarian pada hari tersebut.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Nyalaan lampu di kuil
wesak1
Umat Buddha bersembahyang di kuil

No comments:

Post a Comment