Thursday 29 November 2012

Perayaan-perayaan Di Malaysia

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA  

Setiap kaum mempunyai hari perayaan mereka yang tersendiri. Setiap perayaan disambut dengan penuh meriah dan gembira oleh semua penganut agama-agama yang tertentu kerana ia merupakan hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka. Pada hari yang bermakna inilah semua sanak saudara, kawan-kawan dan jiran tetangga dapat berkumpul bersama-sama untuk memeriahkan hari perayaan ini. Sanak saudara yang jauh akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama-sama keluarga. Kebanyakan kaum menjadikan hari perayaan sebagai hari untuk melakukan aktiviti-aktiviti kekeluargaan bersama-sama kerana pada hari inilah mereka dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka dan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi.
Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum dan keturunan adalah sentiasa sibuk dengan pelbagai jenis perayaan di sepanjang tahun. Walaupun kaum tertentu menyambut perayaan yang tertentu, semangat 1 Malaysia telah menjadikan warga Malaysia bersama-sama menyambut perayaan-perayaan yang dijalankan sepanajang tahun. Antara perayaan-perayaan yang disambut secara besar-besaran di Malaysia termasuklah Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deevapali, Krismas, Wesak dan Thaipusam. 
  • HARI RAYA AIDILFITRI
  • HARI RAYA AIDILADHA
  • TAHUN BARU CINA
  • DEEPAVALI
  • GAWAI DAYAK
  • TADAU KAAMATAN
  • MAULIDUR RASUL
  • HARI KRISMAS
  • HARI WESAK
  • THAIPUSAM
  • PESTA SONGKRAN 

Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik
Kuih-muih tradisional

Pakaian Tradisional


https://www.youtube.com/watch?v=hwAOsnMqbcY

No comments:

Post a Comment