THAIPUSAM
Hari Thaipusam (தைப்பூசம்) merupakan perayaan yang
disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi
menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang
terang.
Hari Thaipusam
merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun.
Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon
hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu
acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada
hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu
itu dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau
kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias
dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan
dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau
dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat
daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung
dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi
ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Berat dan
saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa
kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat
masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap
kemenyan dan lain-lain.
Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga dalam kalangan pembazar nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk berbuat demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan separuh sedar. Amalan ini amat dipandang berat dalam perayaan ini.
Sebelum
menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan
untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka
berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil.
Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan
berpuasa sepenuhnya.
Pembawa kavadi |
No comments:
Post a Comment